SAT Pusat Internet Urban Poor

18 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2019 (Selasa) telah berlangsungnya SAT bagi 5 Pusat Internet Urban Poor yang terpilih. Pusat Internet PPR Seri Semarak adalah salah satu daripadanya dan menjadi site yang pertama dilawati oleh pihak MCMC, MAXIS dan NERA bagi tujuan SAT ini. SAT ini adalah bertujuan untuk menyemak kembali segala kelengkapan dan kemudahan yang ada dan yang telah diperuntukkan bagi setiap pusat internet.

Wakil MCMC yang hadir pada hari tersebut adalah En.Ezy manakala wakil dari pihak MAXIS pula adalah En.Abd. Hakim. SAT bagi site PI PPR Seri Semarak telah mengambil masa selama 2 jam bermula jam 9.15 pagi – 11.15 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali